Sunday, July 29, 2012

NAIK PANGKAT GURU DAN BERSARA BULAN JULAI 2012

         Berikut dimaklumkan bahawa Ustazah Normah Bt. Md Saih, Guru Penolong Kanan Kurikulum telah dinaikkan pangkatnya menjadi Guru Besar SRA Rasa, Kuala Kubu Bharu mulai 16 Jun 2012. Dan mulai 1 Julai 2012 Ustazah Nor Hayati binti Rajiman telah datang menggantikan tempat beliau. Tahniah kepada Ustazah Normah dan Selamat datang kepada Ustazah Nor Hayati.

          Dimaklumkan juga mulai 9 Julai 2012. Ustazah Zubaidah Bt Derahman telah bersara wajib. Jasa dan  Kenangan bersama beliau amat-amat dihargai. Hanya Allah yang layak membalasnya.  Semoga bahagia disamping keluarga dan anak cucu dan terus menyumbangkan ilmu tidak kira di mana berada...

Saturday, July 28, 2012

Kursus Motivasi PSRA Tahun 2012

Pada 19hb Julai 2012, Kursus Motivasi PSRA bagi calon PSRA 2012 telah dilaksanakan sebagai persediaan menjelang peperiksaan SRA yang akan tiba. Diharap murid-murid dapat mempraktikkan apa yang diajar bagi kejayaan yang ingin dikecapi, insyaAllah.......

Kepada semua urus setia yang terlibat diucapkan tahniah dan jutaan terima kasih....

Terima kasih daun keladi,
kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.














Thursday, December 29, 2011

PEMBAYARAN YURAN SEKOLAH 2012 SEKOLAH RENDAH AGAMA KUALA KUBU BHARU



Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.
2.      Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa Pembayaran Yuran Sekolah 2012 pada:-
Tarikh     :        03 - 05 Januari, 2012
Hari        :        Selasa hingga Khamis
Masa       :        9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat   :        Dewan Ar-Raihan
   SRA Kuala Kubu Bharu
3.          Tuan/Puan boleh mendapatkan senarai pada pautan berikut:-

4.         Ibubapa tidak dibenarkan membuat pembayaran pada waktu persekolahan sesi petang kerana akan menganggu sesi pembelajaran dan hendaklah berurusan pada masa yang telah ditetapkan.
                 
       Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Friday, August 12, 2011

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PSRA SRA KKB










S

abtu, 30 Julai 2011, bertempat di Dewan Besar SRA Kuala Kubu Bharu. Satu program yang telah dirancang oleh warga SRA Kuala Kubu Bharu khusus bagi pelajar PSRA sesi 2011 berjaya dilaksanakan. Kursus yang dijalankan dihadiri oleh 105 orang pelajar daripada 135 orang keseluruhan calon yang akan mengambil PSRA bagi tahun 2011.

Penceramah yang telah dijemput ialah Ustaz Azhari Sulaiman. Pelbagai resepi-resepi bagi menghasilkan mutu PSRA yang baik telah disampaikan, terpulanglah kepada para pelajar untuk menggapainya.

Mudah-mudahan, berkat usaha dan perancangan yang direalisasikan akan memberikan impak yang besar khususnya kepasa keputusan PSRA bagi tahun ini.



Sunday, July 3, 2011

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PESERTA KAMIL DARI SRA KKB

Pada 19 Jun 2011, bertempat di SRA Bandar Baru Batang Kali, warga SRA Kuala Kubu Bharu, dengan usaha gigih daripada peserta, ibu bapa dan guru-guru telah memenangi 4 acara dengan masing-masing  mendapat tempat Johan.


1. Mohamad Nadzmi bin Yusri ..Johan Acara Tilawah Lelaki 
2. Mohd Zulkarnain ......................Johan Acara Pidato 
3. Rakha Saa'dah ......................... Johan Hafazan Tafsiran
4. Norul Nasuha ............................Johan Tilawah Perempuan 

Dengan kemenangan Johan bagi keempat acara tersebut menempatkan SRA Kuala Kubu Bharu mendapat Piala Pusingan bagi mata terkumpul yang terbanyak.


Pada 1 dan 2 Julai 2011, bertempat di SRA    Sabak Bernam, 2 orang wira dan 2 wirawati dari SRA Kuala Kubu Bharu mencuba sedaya upaya meneruskan perjuan diperingkat Negeri tersebut. 2 peserta lelaki berjaya mengharumkan nama di sana. Masing-masing mendapat tempat seperti berikut:

1. Peserta Tilawah Lelaki mendapat tempat Johan
2. Peserta Pidato Lelaki mendapat tempat Kedua
3. Peserta Hafazan Tafsiran Perempuan mendapat saguhati
4. Peserta Tilawah Perempuan mendapat saguhati

Syabas, tahniah dan Jazakumullahu Khairon Kathiro diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya kepada peserta yang berjaya.